Balik Kampung! @ Sekolah Rendah Qifa August 30 2015

One of the more popular educational programmes Cak Cak Kuti conducts will be The Good Old Times. Appropriately launched in conjunction with Singapore's SG50 campaign this year, we take a journey to the past with our traditional games. This programme can be conducted in English or Malay and is suitable or people of all ages.

Qifa Primary School was our venue for this exciting programme where the children take part in games like Bola Tin, Lereng, Tapak Kuda and Guli. In addition to that, they were also in for a treat at The Mama Shop where they get to learn more and also purchase old school snacks and toys. Read on to know more about the experience!

***

22 July 2015 - Balik Kampung!

Gelanggang Qifa telah menjadi medan pertarungan kelmarin dalam pelbagai permainan tradisional. Bukanlah pertarungan yang berakhir dengan pertumpahan darah tetapi pertarungan sengit antara siapakah yang dapat membaling, menolak dan mengimbang dengan sebaiknya.

Murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan dan secara bergilir-gilir mengambil bahagian dalam pelbagai permainan tradisional Melayu.

Guli

Permainan guli adalah antara permainan yang digemari ramai kerana ianya murah dan mudah didapati sehingga kini. Kami menyediakan pangalaman yang autentik kepada murid-murid dan mengajarkan cara permainan sebelum murid-murid sendiri yang mencubanya.

Pemudah cara Cak Cak Kuti menunjukkan cara bermain guli sebelum murid-murid mencuba permainan ini.

Bola Tin
Permainan tradisional seperti Bola Tin ini menjana kemahiran membaling bola ke arah sasaran. Murid-murid juga diberi peluang untuk menyusun semula tin-tin kosong untuk pemain yang seterusnya. Ini dapat memupuk nilai kerjasama antara rakan-rakan sepasukan.

Seorang murid menyusun tin-tin kosong dengan bantuan pemudah cara.

Lereng

Lereng adalah antara permainan yang paling jarang dilihat dan dimainkan. Oleh sebab itulah Cak Cak Kuti mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan dan mengekalkan permainan ini kepada generasi akan datang supaya ianya tidak pupus begitu sahaja.

Permainan lereng yang memerlukan daya perhatian yang kuat supaya lerengnya tidak tersasar dari laluan yang ditetapkan.

Tapak Kuda

Permainan ini adalah antara permainan yang paling digemari murid-murid. Ramai yang tidak ketahui wujudnya permainan ini dan agak terperanjat apabila diberitahu bahawa hanya kelapa dan tali sahaja yang diperlukan. Konsep permainan ini juga agak baharu bagi mereka. Yang pasti, mereka kelihatan sangat seronok bermain permainan Tapak Kuda ini.

Untuk keselamatan murid dan harta benda sekolah, Cak Cak Kuti telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengalas lantai dengan kain rentang dan menggantikan tempurung kelapa kepada perkakas yang lebih licin permukaannya dan tidak mudah retak.

Kedai Mama Cak Cak Kuti

Tidak sah kalau kami membawa murid Balik Kampung tanpa mengenalkan mereka dengan makanan ringan dan permainan yang digemari dahulu. Pemudah cara kami bersedia untuk menerangkan sedikit sebanyak mengenai barangan yang disediakan di Kedai Mama kami. Murid-murid juga boleh membeli barangan-barangan tersebut dengan harga yang sangat berpatutan!

Para pelanggan cilik kami yang terpegun dengan pelbagai makanan ringan dan permainan yang kami sediakan di Kedai Mama kami.

Secara kesluruhan, kami percaya pengalaman yang diraih murid-murid dalam berseronok sambil belajar ini tidak akan dapat dilupakan.

Ayuh bersama kami dalam mengekalkan tradisi lama Melayu dan memberikan generasi yang akan datang peluang untuk ketahui budaya kami yang kaya lagi relevan.

***

Untuk dapatkan lebih maklumat mengenai program-program pendidikan kendalian Cak Cak Kuti, sila klik di sini, atau hantarkan emel kepada kami di sales@cakcakkuti.com.

x Cak Cak Kuti x